Wednesday 20 August 2014

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Assalamualaikum...

Salam Khamis buat semua..
Pernah dengar pasal RMMJ?
Bagi penduduk Johor, anda sangat digalakkan memohon skim ini..
Boleh daftar di SINI..

Disebabkan esok aku kena pergi KL dan tarikh tutup permohonan tu valid sampai Ahad, moh ler kite settle kan hari ni... Dokumen dah lengkap.. tinggal Akuan Sumpah jer.. Lepas tu submit Dokumen Lengkap ke SUK Perumahan di Nusajaya... Minta-minta la bos bagi keluar... Tu laaa, last minute lagi.. Padan muka aku!

Meh aku share syarat-syarat permohonan:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
 1.Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas.
 2.Berkahwin / bujang layak memohon
 3.Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
 4.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
 5.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
 6.Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
 7.Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
 8.Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAHyang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
 9.Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

1 comment: