Tuesday 29 December 2015

Wedding of Liyana & Firdaus

Let`s do some throwback.

Wedding Yana & Firdaus diadakan pada 4&5 September 2015..
Majlis diadakan di rumah abg hairul (yana`s brother) di Rini Heights, JB.


Tahniah sayang..Mummy to be already..


Alhamdulillah.
Majlis Nikah telah diadakan selepas Asar. So, pada sebelah malam diadakan Majlis Berinai besar.


Geng Karipap Sardin yang paling berseni.. Maryam..Single weiii..lai lai...hahaa..
My very 1st time merenjis...Selaku kak long yg paling awal kawin..bahahaha..

Jom tengok gambar-gambar waktu Majlis Resepsi.. Purple Theme..

Jeton is coming...Penceria suasana..
Cantik mekap Yana..


Dengan ex-schoolmates yang lain..
Pose Wajib!! Tahniah Yana & Daus!


Wedding of Diyana & Megat

Phewww~~~ Tiup habuk sikit..

Nak berkongsi gambar resepsi salah seorang #GengKaripapSardin
Tahniah atas perkahwinan ini.. Semoga berkekalan hingga ke Jannah!

Majlis Pernikahan pada 24 Disember 2015
M.I.A Jaytea n me
Majlis Berinai pada 25 Disember 2015


Ehh....nak jugak...heheheheh..
Majlis Resepsi telah diadakan di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat pada 26 Disember 2015.
Meriah sangat...naik kereta kuda siap dengan iringan Bagpipes lagi.. Kelass kw jahh..





Selamat Pengantin Baru Diyana & Megat!!



Thursday 26 February 2015

Sweet Escape : Krabi - Part 5

Assalamualaikum W.B.T

Fuhh..Lambat betul Part 5 ni..Harap bertendang yer..ehh..

Untuk hari terakhir kami plan nak relax-relax sahaja..
Van transfer ke Airport akan pick up pukul 11 pagi..
Jadinya pagi tu aku n Cik Zam bangun lewat sikit..
Rasa macam tak puas menikmati keindahan dan kesedapan hotel ni..

Lepas bersiap dalam pukul 10 pagi mcm tu, kami pun get ready untuk check-out..
Everything was smooth n the front desk was very friendly! Good Job Deevana Hotel Krabi!

Sangat lembut tutur katamu..I tak perlu pergi kaunter untuk Check out..Staff ni dtg enertain kite dekat waiting area..  Thumbs up!


Selesai check out, kami tinggalkn lugage dekat hotel sementara nak mengisi perut..
Makan dekat-dekat dengan hotel je..Ade satu warung favourite Thai Lady Seafood..
Sedap..Pukul 10 pagi kitorang makan tom yam! terangkat beb..

Ni tukang masaknya..Muka dia sebijik akak ipar aku, kak wani..
Sama kan? hehehhe..ampun kak..
Gambar makanan xsempat amik sebab kebulur sangat..
Sementara menunggu makanan siap aku n Cik Zam shopping for the last round..
Sempat grab beberapa t-shirt n singlet..

Sharp pukul 11.00 pagi, van pun sampai..
Perjalanan dari Aonang ke Airport Krabi mengambil masa lebih kurang 1 jam..
Sampai dalam pukul 12 tengahari.. Gate belum buka lagi so,
lepak dulu bebual dgn pelancong Malaysia yang lain..

Dalam pukul 1.15 kami pun selamat melepasi Imigresen Thailand..
Sementara menunggu Flight Calling sekali lagi kami meronda cuci mata kat situ..
Tak banyak kedai rupanya.. Baru target nak habis kan duit Thai..huhuhu..
Akhirnya dalam pukul 2.15 petang kami selamat bertolak ke Malaysia..


Alhamdulillah dalam pukul 4 petang kami selamat mendarat di KLIA2..
Untuk balik Ke JB, sekali lagi kami menaiki bas YOYO dihatiku..Cheewah..

Kesimpulan dari trip ini, kami sangat bersyukur kerana tiada sebarang musibah yang besar..
Segala perjalanan dipermudahkan olehnya..apa yang pasti, We Will Come Again! Thats my Promise!

Tips Percutian
  1. Shopping di Pasar Malam Aonang!  Lebih murah dan variety.
  2. Makan Pancake di Yaminla Pancake dan wajib cube sotong bakar! marvellous wey.. 
  3. Should try Phad Tai dan mango Sticky Rice.
  4. Island Hoping - Please, Please & Please amik Pakej Phi Phi Island SAHAJA! Kerana ianya sangat berbaloi..4 island or 7 island tak payah laa. Emerald Pool dan lain-lain pergi ok tak pergi pun ok.
  5. Tourist Guide - Charok Paisan..High Reccomendation!
  6. Bagi percutian bajet tapi anda mahu kan bilik yang ala-ala 3 star, boleh menginap di Aonang Viva Resort. Hotel baru dan cantik..
  7. Kedai makan yang ala-ala warung cenonet tutup dalam pukul 9.00 malam..
  8. Massage - Yang ini nasib..Aku pergi 4 tempat..tapi satu je yg ok..
Bajet Percutian (Untuk 2 Orang)
  1. Bas JB-KL-JB - RM 220.00
  2. Tiket Flight + Makan + Lugage = RM 701.00
  3. Airport Krabi -Hotel Aonang Viva = RM 30.00
  4. Pakej 7 Island = RM 360.00
  5. Pakej Phi Phi Island = RM 300.00
  6. Pakej Emerald Pool + Pasar Malam + Aonang ke Airport Krabi = RM 240.00
  7. Shopping + Makan = RM 1500.00
TOTAL = RM 3,351.00

Saturday 14 February 2015

Sweet Escape : Krabi - Part 4

Assalamualaikum Semua..

Maaf sangat-sangat sebab entry ke-4 ni terlambat sikit..
Minggu lepas saya bekerja 7 hari semingg..
Very hectic week..
Jadi, tiada masa, ruang dan peluang untuk update..
hari ni kite sambung yeer.. :)

Sabtu, 31 Januari 2015

Setelah bergembira seharian melawat keindahan pulau-pulau
di sepanjang Lautan Andaman ( refer Sini ),
hari ketiga kami bersepakat untuk mengambil tour di kawasan darat pula..
Pakej yang kami ambil untuk hari ketiga ini merangkumi lawatan ke:
  1. Tiger Cave Temple
  2. Elephant Trekking
  3. Emerald Pool
  4. Hot Spring Waterfall
  5. Van Rental to Night Market (return)
  6. Airport Transfer from Aonang ke Krabi Airport
Harga kesemuanya adalah THB 1,200/Pax..

Lokasi Pertama : Tiger Cave Temple
Kuil ni antara tarikan utama pelancong yang datang untuk beribadat atau mempunyai hajat ke atas sesuatu (berdasarkan kepercayaan agama Buddha ye kawan-kawan)..
Kami hanya ambil gambar dan jalan-jalan disekitar kuil..
Tapi kami tidak naik sampai ke atas.Tinggi kowt..
I awal-awal lagi dah surrender..Siapa nak naik xde masalah..
Tapi I syg kaki! heheheh..

Mempersembahkan Duta Harimau..........Auwwwwwmmm

bahahhaha..xleh tahan tengok gambar ni..




Tengok angka tu..ai tarik hand break ok!

Poyo sangat ni..
Lokasi Kedua : Elephant Trekking
Pada aku ni aktiviti paling seronok!
Aku dapat gajah yang berusia 16 tahun...Besar dan gagah!!

Ni nama tempatnya..
Ini platform untuk naik gajah.. Nampak montot gajah tak kat belakang tu??
Posing dari seorang Mak gajah kepada anak gajah!
Wahhhh!!! Masuk dalam air lagiii..best!!!







Lokasi Ketiga : Emerald Pool
Kami makan tengahari di sini..Makan nasi goreng je..Itu je yang halal..Masuk dalam pakej..
Nak ke pool ni lebih kurang 0.8km ke 1.4km yerr.. ade rasa menyesal jugak laa..Sakit kakiiiii!!

Tapi bila dah sampai tu...SubhanAllah...Lawa sangat-sangat..berbaloi jalan jauh..










Dekat sini aku tak mandi pun..Kak lynn n kawan2 dy je yg mandi.. Cik Zam pun mandi..
Tapi sekejap je.. Dy mandi sorang-sorang..Takde kwn..Ai malas basah-basah baju..

Lokasi Keempat : Hot Spring Waterfall
Last Stop kami..Tempatnya kecil tak besar..
Dan aku tak pergi pun tengok air terjun nye..
Kami lepak-lepak minum air..
Tengah sedap-sedap minum tu, Tourist Guide kami join sekali..
Nama dy Ann..Penah duduk KL 3 tahun..BF dy org Malaysia..
Orangnye sebijik macam Jihan Muse..hihihihi..

Takut tak sempat merasa Yaminla Pancake..kite jamah la dulu..

Yang kanan sekali tu adalah Ann.. Macam Jihan Muse kann..

Tamat sudah eksplorasi kami terhadap 4 kawasan tarikan utama pelancong di Krabi.

Sampai di hotel lebih kurang 4.30 petang..Kami balik ke Hotel dan bersiap-siap untuk ke Night Market pada pukul 6.00 petang.. 

Shopping Timee!!
Tak ingat dunia kot shopping sini..
Aku nak menguar-uarkan kepada sesiapa yang berhajat untuk ke Krabi..
Jangan beli apa-apa souvenir di Aonang..Sila beli di Pasar Malam Krabi!
Jauh beza..Dekat Aonang paling murah T-shirt boleh dapat THB 150..
Tapi tu pun dah macam nak gadoh! kat pasar malam cuma THB 100..
Tak perlu gaduh :)

Traffic Light di Pekan Krabi..
Tak sempat nak amik gambar-gambar kedai di Pasar malam tu..
Sibuk membeli la katakan..hihiii..
Dari 6.30 petang sampai 9.00 malam..
Penat tapi puass!!

Sampai hotel terus cari tukang urut!
THB 250 untuk Thai Massage..

Cik Zam buat Foot Scrub..Licin dah kaki sayang i..
Alhamdulillah..Selesai sudah hari ketiga kami..
Esok merupakan hari terakhir..Sekejap nya rasa..
Tak puas sangat rasanya...

Untuk Part 5 nanti saya kongsikan Tips dan Bajet percutian di Krabi.

Bye!