Thursday 26 February 2015

Sweet Escape : Krabi - Part 5

Assalamualaikum W.B.T

Fuhh..Lambat betul Part 5 ni..Harap bertendang yer..ehh..

Untuk hari terakhir kami plan nak relax-relax sahaja..
Van transfer ke Airport akan pick up pukul 11 pagi..
Jadinya pagi tu aku n Cik Zam bangun lewat sikit..
Rasa macam tak puas menikmati keindahan dan kesedapan hotel ni..

Lepas bersiap dalam pukul 10 pagi mcm tu, kami pun get ready untuk check-out..
Everything was smooth n the front desk was very friendly! Good Job Deevana Hotel Krabi!

Sangat lembut tutur katamu..I tak perlu pergi kaunter untuk Check out..Staff ni dtg enertain kite dekat waiting area..  Thumbs up!


Selesai check out, kami tinggalkn lugage dekat hotel sementara nak mengisi perut..
Makan dekat-dekat dengan hotel je..Ade satu warung favourite Thai Lady Seafood..
Sedap..Pukul 10 pagi kitorang makan tom yam! terangkat beb..

Ni tukang masaknya..Muka dia sebijik akak ipar aku, kak wani..
Sama kan? hehehhe..ampun kak..
Gambar makanan xsempat amik sebab kebulur sangat..
Sementara menunggu makanan siap aku n Cik Zam shopping for the last round..
Sempat grab beberapa t-shirt n singlet..

Sharp pukul 11.00 pagi, van pun sampai..
Perjalanan dari Aonang ke Airport Krabi mengambil masa lebih kurang 1 jam..
Sampai dalam pukul 12 tengahari.. Gate belum buka lagi so,
lepak dulu bebual dgn pelancong Malaysia yang lain..

Dalam pukul 1.15 kami pun selamat melepasi Imigresen Thailand..
Sementara menunggu Flight Calling sekali lagi kami meronda cuci mata kat situ..
Tak banyak kedai rupanya.. Baru target nak habis kan duit Thai..huhuhu..
Akhirnya dalam pukul 2.15 petang kami selamat bertolak ke Malaysia..


Alhamdulillah dalam pukul 4 petang kami selamat mendarat di KLIA2..
Untuk balik Ke JB, sekali lagi kami menaiki bas YOYO dihatiku..Cheewah..

Kesimpulan dari trip ini, kami sangat bersyukur kerana tiada sebarang musibah yang besar..
Segala perjalanan dipermudahkan olehnya..apa yang pasti, We Will Come Again! Thats my Promise!

Tips Percutian
  1. Shopping di Pasar Malam Aonang!  Lebih murah dan variety.
  2. Makan Pancake di Yaminla Pancake dan wajib cube sotong bakar! marvellous wey.. 
  3. Should try Phad Tai dan mango Sticky Rice.
  4. Island Hoping - Please, Please & Please amik Pakej Phi Phi Island SAHAJA! Kerana ianya sangat berbaloi..4 island or 7 island tak payah laa. Emerald Pool dan lain-lain pergi ok tak pergi pun ok.
  5. Tourist Guide - Charok Paisan..High Reccomendation!
  6. Bagi percutian bajet tapi anda mahu kan bilik yang ala-ala 3 star, boleh menginap di Aonang Viva Resort. Hotel baru dan cantik..
  7. Kedai makan yang ala-ala warung cenonet tutup dalam pukul 9.00 malam..
  8. Massage - Yang ini nasib..Aku pergi 4 tempat..tapi satu je yg ok..
Bajet Percutian (Untuk 2 Orang)
  1. Bas JB-KL-JB - RM 220.00
  2. Tiket Flight + Makan + Lugage = RM 701.00
  3. Airport Krabi -Hotel Aonang Viva = RM 30.00
  4. Pakej 7 Island = RM 360.00
  5. Pakej Phi Phi Island = RM 300.00
  6. Pakej Emerald Pool + Pasar Malam + Aonang ke Airport Krabi = RM 240.00
  7. Shopping + Makan = RM 1500.00
TOTAL = RM 3,351.00

2 comments: