Sunday 25 January 2015

Lets Visit Istanbul - Part 4

Kena laju-laju update ni.. hihihi
Tak pernah aku segigih ni.. Cayalahh Tenn!

Ok, mari sambung lepas apa yang belaku di sini..

Selepas makan, bergerak la kami ke Masjid Biru..

Menghala ke pintu masuk Masjid Biru.. See, Luaskan ruang pejalan kaki dia.. Macam recreation park pun ade...
Masuk ke dalam masjid, aku ternampak ada satu rombongan yang macam dari Malaysia or Indonesia.. Aku lalu tepi kumpulan tu untuk masuk ke Masjid.. Sekali aku dengar ada orang panggil nama aku.. Aku pun pandang.. Rupa-rupanya Ummi kat situ...bermakna itu rombongan akak aku!!!

Ya Allah.. All Maha Besar.. berlari-lari aku ke Ummi.. Tak sangka sangat-sangat sebab jumpa secara tidak sengaja.. Ummi ni Madu akak saya :) Abang ipar aku bawak dua-dua sekali.. Alhamdulillah.. Aku tanya mana Angah, dy kata pergi bilik air dan abang pergi solat dalam Masjid Biru tu..

Tak lama lepas tu, Angah pun sampai..Dia nampak je aku terus dia berlari macam orang gile sambil terjerit-jerit! Woiii!! dah la kat masjid... Boleh pulak kitorang terlompat-lompat macam aper! what a wonderful moment! hahahhaaha...sangat best masa tu...

Masa hantar angah ke Airport Klia.. Dua hari sebelum kejadian..
Hari kejadian.. Spek sama, phone pun sama.. badan je tak sama.. I terlebih gajah! hahahhaa
Dengan abang..dalam Masjid Biru!
Bersama kawan-kawan saya disana..
LOVE
Mulaaa dahhh... Pantang jumpaa..
Angah dengan kawan dia.. Nampak tak dy punya gonjeng! I love u ngah.. Aku yang muda dari kau pun tak sanggup nk buat aksi ni.. Takut Istanbul dilanda Gempa Bumi.. Bahahaaahaha...



Kami jumpa tak lama sebab rombongan aku nak pergi ke hotel untuk check in... Angah pula akan bergerak ke Madinah pada keesokan pagi nye untuk menunaikan Umrah...

Dari Masjid Biru ke Hotel agak jauh.. tapi seriously tak terasa kerana kami dihidangkan pemandangan bumi Istanbul yang sangat cantik..

Untuk harga boleh refer sini.


Bilik kami! Superior Room.. Very Spacious.


Ini malam kita mabukk k!!! otak kau!


SEEE...
Pemandangan dari bilik kami...Nampak tak ade cruise kt situ? Itu la Ferry Port, Galataport Turki.. Kalau kat Jb ni macam kat Stulang laa..
Berehat lebih kurang 2-3 jam..kami turun semula untuk makan malam..


Nampak tak roti dalam bakul tu? Sedapp kau! satu bakul aku hadap sorang..tu jela yg aku boleh mkn.. muehehehehh..
Vefa Restaurant.
Lepas makan kami balik ke Hotel untuk berehat.. Rehat? Xde maknenye.. Aku ajak kawan aku jalan-jalan disekitar hotel sampai ke area Carrefour..


Ni la tangga macam yang dekat Filem Istanbul Aku Datang.
Selesai penceritaan hari pertama di Istanbul.. Nanti kite sambung hari kedua pulak k.. Babye!

Lets Visit Istanbul - Part 3


Day 2 (3 Jun 2014)

Sambungan dari entry yang lepas...
Selepas melawat dua buah masjid tersebut kami bergerak ke tarikan utama di Istanbul iaitu
Hagia Sophia atau AyaSofya dan Blue Mosque aka Masjid Biru...

Ni bukan subject utama yer..yg belakang tu AyaSofya.. mengancam sungguh polis dia kan.. Naik Superbike lagi..ini macam punya Polis laa baru ada umppphh.. ehhh..

Sementara nak beratur.. Ramai okeh orang..
Dalam AyaSofya ni, tourist guide tak dibenarkan memberi penerangan kepada pelancong secara terbuka.. Jadi kami dibekalkan radio + earphone.. penerangan oleh guide hanya didengari oleh ahli kumpulan sahaja.. Atas faktor apa? Im not sure.. Sensitivity..Maybe.. Ade unsur keagamaan sikit.. Pernah menjadi sebuah gereja dan kemudiannya ditukar menjadi Masjid dan sekarang menjadi muzium yang indah..
Ticket Masuk all Including under package yer. See, inai tak abis lagi dah berjalan tinggalkan suami! haipp!
Pintu Masuk
Kaunter Tiket
Sangat Besar dan Gah




Suasana didalam AyaSofya.. Tinggi sangat.
Nampak tak ade gambar Lady and their son? Bangunan ni asalnya adalah sebuah Gereja yg popular dikalangan penduduk Istanbul sebelum ditukar kepada Masjid.. sila refer di sini..
Mimbar Pencetus Ummah.. Ehhhhh... :)
Memandangkan pengunjung yang sangat ramai pada hari tu, Ali Baba si Bujang Lapuk arahkan kami menuju ke Restaurant untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum mengunjungi Sultan Ahmed Mosque/Masjid Biru/Blue Mosque.. Muzium AyaSofya dengan Masjid Biru ni sebenarnya berdepan je.. dipisahkan dengan kawasan pejalan kaki.. Luas nye lebih kurang 3 lane jalanraya kat Malaysia.. Lebih kurang laa.. Mohh kite makan dulu..


Chinese Restaurant
Makanan di Turki? nanti aku cerita.. aku buat satu slot khas.. untuk penggemar daging dan kambing, Yes, Turki is the best place untuk korang menikmati dan menghayati rasa masakan di sini.. Untuk aku.. ERRRRR... agak masalah sikit.. takpe.. nanti pelan-pelan aku ceghiter okeh?

Selesai makan, kami menuju ke Masjid Biru.. Dan disini laa berlaku perkara yang tak disangka-sangka... Please Stay Tuned!

Im So Happy.. Thanks Allah for this Opportunity..

Menghitung Hari

Counting Days

 #3DAYS TO GO