Monday 25 August 2014

Minum Petang

High-tea while waiting my husband to join me...

Lets Visit Istanbul - Part 2

Seperti yang dijanjikan..

Day 1 (2 Jun 2014)
Berkumpul di Senai Airport pada jam 4 petang.. Flight pukul 18:10 dari Johor Bahru menaiki MH1058.. Perjalanan lebih kurang 30 minit macam tu dan Alhamdulilah kami selamat sampai ke Kuala Lumpur.. Gap yang agak panjang sebelum kami berlepas ke Istanbul.. Lebih kurang dalam 3 jam lebih.. Pukul 22:30 Gate sudah dibuka dan kami berlepas ke Istanbul menaiki Turkish Airlines TK0061 tepat jam 23:15.. Agak terkejar-kejar sebab it was my first time going to oversea.. Dah la dapat tourist guide tak guna.. Belum apa-apa dya dah naik kapal dulu.. Cilak punya orang..

Cik Zam antar kat Airport Senai.. Thank u dear.. Behave for 8 days ok.
Amik mood sikit masa naik flight MAS.. dekat Flight Turkish x ada pulak cerita ni..huhuuh
Masa tengah dok kalut nak ke Gate Check Point.. sempat kami berposing di KLIA...

Muka ceria sebelum menempuh 11 jam perjalanan...


Makan malam di dalam fight Turkish Airlines..
Lepas habis je semua passenger makan malam, lampu semua dimatikan.. Tapi aku x boleh tido sangat sebab duduk di apit oleh orang-orang Turki yang tengah excited nak balik kampung.. Punya lah ceria, sampai dengan aku sekali x boleh lelap.. Turkish Airlines ni pada aku boleh laa.. Nak kata selesa x sangat.. so so je.. Sit flight MAS lagi sedap.. Naik sebu toentot saya..11 jam ko cube bayangkan.. Ulang alik pergi bilik air, yang best tu siap membuang lagi.. hahahha.. Tepat jam 6 pagi waktu Turki kami selamat sampai di Atartuk Airport.. Beza waktu di Malaysia adalah 5 jam.. Maksudnya, kami sampai 6 pagi tapi kat Malaysia dah pukul 11 pagi... Adee pahamm??

Welcome to Istanbul!
Day 2 (3 Jun 2014)

Sesampainya kami di Atartuk Airport, tourist guide bernama Ali tapi dia menggelar dirinya Ali Baba telah menyambut kami.. He is so awesome... Pandai bercakap banyak bahasa.. Meminati M.Nasir dan Siti Nurhaliza.. Boleh menyanyi lagu Rasa Sayang.. You are so Great Ali Baba!

Pemandangan di luar Airport.. Pukul 6 pagi dah cerah..
Benda yang paling menarik bila sampai Istanbul adalah cuacanya.. Sejukkk!! I like.. fefeling sangat i masa tu.. hahahha.. Ada satu lagi, bas dya ada wifi! Haruslah laju2 call husband n family.. Hari pertama di Istanbul ni, kami melawat Masjid-masjid yang terkenal..di Istanbul sahaja ada beribu Masjid dan beratus gereja.. Kami melawat masjid-masjid yang famous dan mempunyai sejarah yang tersendiri.. Kami turut pergi ke kawasan dimana Muhammad Amar iaitu pelajar Malaysia di Turki yang meninggal dunia di semadikan bersama para-para Ulama tersohor.. Subhanallah!

Makcik-makcik kat sini bermesyuarat tingkap sambil sarapan.. dengan kami semua pun dy jamu sekali.. believe it or not, roti yg dyorang makan semua homemade..makan bersama jeruk buah zaitun.. tapi malangnya i x boleh telann...

Eyub Sultan Mosque

Tempat ambil wudhuk di Masjid Sultan Eyub

Kenangan kami

Ruang solat wanita

SubhanAllah.. main prayer hall..

Ecehh...view dari tingkat atas..

Cantik sangat..

Bersama satu daripada makam yang ada di kawasan masjid..

Kawasan dimana Muhammad Ammar disemadikan.. Al-fatihah..
Selepas melawat Masjid Sultan Eyub, kami pergi lagi sebuah Masjid iaitu Masjid Sultan Suleyman.. sangat besar.. Nak masuk masjid ni ada cara.. kira macam fahaman dy la.. Marmar dianggap najis.. nak bukak kasut mesti terus pijak Stage dy.. Kalau pijak marmar tu kira kw x boleh masuk r.. Kena gi cuci dulu.. Walaupun dah ada pintu masuk, masjid di Turki ada satu lagi keunikkan.. di setiap pintu mereka letak macam kanvas tapi diperbuat daripada kulit lembu.. sangat berat.. tengok gambar bawah ini..

Nampak marmar dan stage? itu yg aku maksudkan..buka kasut kat marmar kaki mesti letak kat stage then amik kasul letak dekat rak.. nampak kanvas yang warna hijau tu? itu laa kulit lembu yang aku maksudkan.. faham kenn...
Di dalam Masjid Suleyman.
Apabenda sebelah lampu tu? Itu lah uniknya masjid-masjid di Turki ini.. Mereka gunakan Telur Unta untuk mengelakkan labah-labah membuat sarang.. Unik kan? Boleh digunapakai di Malaysia.


Segar-segar betul Hydrangea kat sini.. geram okehh.. Macam nak cabut tanam depan umah je...
All the way nak ke Masjid Suleyman ni kami melalui lorong-lorong kedai di sekitar masjid ni.. masa nak ke Masjid kami terpaksa naik bukit, waktu turun memang best laju je.. kat sini kereta gila-gila.. jalan itu macam atok nenek dy yang punya.. ada satu benda yg buat aku tertarik kat sini masa jalan kat sini...

Ya Allah sedapnya, even cawan kecik pun sampai 3 biji buah dy guna.. harga? TL1.00 atau 1 Lira bersamaan RM1.70.. berbaloi-baloi..

Sedapnyeeee.... nak lagi pleasee...

Untuk entry kali ini aku stop kat sini dulu yer.. nanti aku akan ceritakan macam mana aku boleh jumpa akak aku kat Istanbul dan lokasi pengambaran bagi Filem Istanbul Aku Datang!! Stay tuneee..








Majlis Cukur Jambul Nilna Adlyna

Very the last minute uolls.. Abg Arep sampai rumah Uda pukul 6.30 petang then terus decide nak buat Majlis Cukur Jambul sekali malam tu... Sebenarnya malam tu ada buat Marhaban untuk qariah kawasan Taman Cempaka.. My mom from the earlier dah whatsapp abg arep whether nak buat Majlis Potong Jambul sekali atau tak.. Then dy senyap.. No feedback.. So, my mom malas nak tanya banyak kali n tak buat la apa2 preparation.. Nasib baik memang dah plan nk masak pulut kuning untuk bagi doorgift kepada makcik2 yang baca Marhaban tu.. Kelam kabut menyiapkan segalanya dari pukul 6.30 onwards.. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar.. Nilna pun sangat behave... Tak nangis pun.. Good girll..

Kakak Rania & Adik Nilna. Besar dah Rania.. Kajol sangat..

Kakak Rania pandai jaga adikk...

Disebabkan last minute, ini jela perkakasan yang sempat disiapkan. Air Mawar, Air Bedak & Gunting.


Gift untuk si pencukur jambul.

Bunga Telur ini abg arep n k.nadia yang beli.

Peace yo!! tok!

Abg Darwisy, Abg Firas & Kakak Rania


Biasanya pemberi telur adalah tugas anak-anak dara.. Tapi anak dara sangat limited..ini je yang ada.. Jadi la daripada x ada...  

Wednesday 20 August 2014

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Assalamualaikum...

Salam Khamis buat semua..
Pernah dengar pasal RMMJ?
Bagi penduduk Johor, anda sangat digalakkan memohon skim ini..
Boleh daftar di SINI..

Disebabkan esok aku kena pergi KL dan tarikh tutup permohonan tu valid sampai Ahad, moh ler kite settle kan hari ni... Dokumen dah lengkap.. tinggal Akuan Sumpah jer.. Lepas tu submit Dokumen Lengkap ke SUK Perumahan di Nusajaya... Minta-minta la bos bagi keluar... Tu laaa, last minute lagi.. Padan muka aku!

Meh aku share syarat-syarat permohonan:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
 1.Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas.
 2.Berkahwin / bujang layak memohon
 3.Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
 4.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
 5.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
 6.Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
 7.Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
 8.Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAHyang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
 9.Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

Lets Visit Istanbul 2014! - Part 1

Assalamualaikum!

Terasa macam nak up cerita masa pergi company trip ke Istanbul laa.... Tapi kan dah tak berapa nak ingat sangat..Boleh la yer daripada tak ada.. Pada awalnya aku tak dapat pergi di sebabkan tempoh berkhidmat kurang daripada 1 tahun.. Last minute dapat call dari HR.. Tanya aku sama ada interest tak nak ikut pergi Istanbul... Aku????

Time tu memang macam question mark... Kenapa erk? Apesal last minute? Apa yang jadi? Seriously at the moment aku macam tak ada apa-apa perasaan.. Suka and excited jauh sekali... Korek punya korek rupanya ada dua staf yang telah ditamatkan kontrak atas masalah disiplin... Fuhh! lagi aku serba salah..dengar cerita dua orang staf tu dah siap packing kott... Lagi seminggu je nak pergi.. Aku sedihhhh sangat bagi pihak mereka.. Lama aku fikir..

Aku tak terus kata aku nak pergi dengan HR.. Aku minta masa.. Aku mintak pendapat ramai orang.. Sampai la seorang akak office aku pm aku kat FB, dia kata ini rezeki aku apa yang jadi tu suratan untuk mereka yang tak dapat pergi.. Peluang depan mata kenapa tak nak terima.. Sedih aku masa tu..Bincang dengan cik Zam boleh ke aku pergi tinggalkan dy? Seminggu tuuu.. Dy kata dy izinkan aku pergi dengan syarat jaga batas aku sebagai seorang Isteri.. Alhamdulillah.. Akhirnya keputusan di capai dan aku pun bagi persetujuan kepada pihak HR.. Bukan mudah ye kita nak bergembira di atas kesedihan orang lain.. Aku bukan jenis orang yang pentingkan diri sendiri.. Perasaan orang lain tu yang lebih penting..

So, if ada readers from KPRJ di luar sana, bacalah posting ni... huhuhuhuhu...

Dah laa.. Malas nak bersedih-sedih.. Benda pun dah lepas.. Tapi seriously aku tak ada persiapan.. Ko bayangkan, kalau company bagitau aku 2 atau 3 bulan awal macam yang lain-lain confirm laa aku boleh stand by kan.. Bukan dari segi financial je, passport,  barang-barang keperluan apa semua.. Tak kan nak cowboy je kan?? Nasib baik saya ada dua banker yang saya amat sayangi dan kagumi..hahahhaha.. Sayang mak n cik zam ketat-ketat....

Akhirnyaaa....




Sambung nanti yer dengan Entry bergambar ok... Bye.

Tuesday 19 August 2014

Nilna Adlyna

Anak buah/sedara/menakan...lain bunyi lain ejaan tapi maksud yang sama.. presenting latest niece in the house:




Muka mak cik dia je yang lebih...nanti i cari gambar yang tunjuk full ok! flying kiss from Nilna Adlyna Binti Arif... daaa...

Wednesday Blues

Hye.

Kadang-kadang nak cerita kat kawan-kawan, famili or suami sendiri rasa macam x kena pulak... Minggu ni Iolss sangat stress... Ada 3 Projek yang sedang berjalan dan akan berjalan dalam masa yang agak singkat.. Huwargghhh!! tak suka la bila tak involve dari awal design stage... tak faham... kalau drawing ade changes pun susah nak track.. i pening okehh.. rasa macam nak muntah hijau jeerr.. sapa nak tolong i ni????!! Semalam pulak DSLR i rosak.. nak amik gambar Nilna Adlyna cukur jambul tak dapat.. dah la minggu ni nak gi KL.. cousin i tunang dan dia minta amik gambar... stressnyerrr!!!! helpppp...helppp.....

Monday 18 August 2014

Hari Raya Kumpulan Prasarana Rakyat Johor

Mood Hari Raya masih lagi belum habis..lagi-lagi untuk orang Johor..Kadang-kadang bukan selama sebulan jee.. lebih pada sebulan tetap Raya! sebab tu Johorian Rawkss!! haahhaa... pada 14 Ogos 2014, KPRJ telah mengadakan Rumah Terbuka yang bertempat di Danga Convention Centre, Danga Bay.. Selain membuat sambutan, pihak KPRJ tidak melupakan tragedi-tragedi yang telah menimpa Malaysia dan negara Islam sepanjang Tahun 2014..Our continuous pray for MH370, MH17  & Gaza.

Famili of KPRJ
Bersama Dato Mohd Noh Gadut 

MB JOHOR.

Our VVIP on the Day.. Dato' Seri Khaled Nordin, Menteri Besar Johor.

Syima, Fatin, Fatimah & Nadia.

Selpiee Toilet ni namanyaaa..

With Superb Consultant, Pn.Zaharah n Cik Anis from RAF Consult.

Ex-Geng Tebrau Teguh Berhad. Thank You for coming.

Sebahagian team Julung Properties Sdn Bhd

Last sekali...Tuan punye belog...byee!

Tuesday 12 August 2014

Majlis Bertandang 1 Februari 2014

Hye semua...

Better late then never...
Hihihihi...

Lokasi : Kuala Beris, Sik, Kedah
Mua : Fb - Murni Desa
Attire : Izan Yaacob Bridal, JB
OP : Amrie Ibrahim Photography

Mari kita layan gambar....

Bersama ayah dan ibu mertuaku

I look slim here!

:)

Nampak tak penumbuk tu....Hang silap langkah i bagi free...

Lovely view right? The Lake Hill View Resort,Sik, Kedah.

Pedal Work with some modification.

Bersama bonda dan ayahanda ku.

My Family! Biru Merah..JDT sangat.

Its me! Princess Fiona turn to Royal Blue!

Ladang Getah okiess! Ko mampuuuu????


Terima kasih kerana membaca!
xoxoxo