Sunday 25 January 2015

Lets Visit Istanbul - Part 3


Day 2 (3 Jun 2014)

Sambungan dari entry yang lepas...
Selepas melawat dua buah masjid tersebut kami bergerak ke tarikan utama di Istanbul iaitu
Hagia Sophia atau AyaSofya dan Blue Mosque aka Masjid Biru...

Ni bukan subject utama yer..yg belakang tu AyaSofya.. mengancam sungguh polis dia kan.. Naik Superbike lagi..ini macam punya Polis laa baru ada umppphh.. ehhh..

Sementara nak beratur.. Ramai okeh orang..
Dalam AyaSofya ni, tourist guide tak dibenarkan memberi penerangan kepada pelancong secara terbuka.. Jadi kami dibekalkan radio + earphone.. penerangan oleh guide hanya didengari oleh ahli kumpulan sahaja.. Atas faktor apa? Im not sure.. Sensitivity..Maybe.. Ade unsur keagamaan sikit.. Pernah menjadi sebuah gereja dan kemudiannya ditukar menjadi Masjid dan sekarang menjadi muzium yang indah..
Ticket Masuk all Including under package yer. See, inai tak abis lagi dah berjalan tinggalkan suami! haipp!
Pintu Masuk
Kaunter Tiket
Sangat Besar dan Gah




Suasana didalam AyaSofya.. Tinggi sangat.
Nampak tak ade gambar Lady and their son? Bangunan ni asalnya adalah sebuah Gereja yg popular dikalangan penduduk Istanbul sebelum ditukar kepada Masjid.. sila refer di sini..
Mimbar Pencetus Ummah.. Ehhhhh... :)
Memandangkan pengunjung yang sangat ramai pada hari tu, Ali Baba si Bujang Lapuk arahkan kami menuju ke Restaurant untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum mengunjungi Sultan Ahmed Mosque/Masjid Biru/Blue Mosque.. Muzium AyaSofya dengan Masjid Biru ni sebenarnya berdepan je.. dipisahkan dengan kawasan pejalan kaki.. Luas nye lebih kurang 3 lane jalanraya kat Malaysia.. Lebih kurang laa.. Mohh kite makan dulu..


Chinese Restaurant
Makanan di Turki? nanti aku cerita.. aku buat satu slot khas.. untuk penggemar daging dan kambing, Yes, Turki is the best place untuk korang menikmati dan menghayati rasa masakan di sini.. Untuk aku.. ERRRRR... agak masalah sikit.. takpe.. nanti pelan-pelan aku ceghiter okeh?

Selesai makan, kami menuju ke Masjid Biru.. Dan disini laa berlaku perkara yang tak disangka-sangka... Please Stay Tuned!

Im So Happy.. Thanks Allah for this Opportunity..

No comments:

Post a Comment