Monday 25 August 2014

Lets Visit Istanbul - Part 2

Seperti yang dijanjikan..

Day 1 (2 Jun 2014)
Berkumpul di Senai Airport pada jam 4 petang.. Flight pukul 18:10 dari Johor Bahru menaiki MH1058.. Perjalanan lebih kurang 30 minit macam tu dan Alhamdulilah kami selamat sampai ke Kuala Lumpur.. Gap yang agak panjang sebelum kami berlepas ke Istanbul.. Lebih kurang dalam 3 jam lebih.. Pukul 22:30 Gate sudah dibuka dan kami berlepas ke Istanbul menaiki Turkish Airlines TK0061 tepat jam 23:15.. Agak terkejar-kejar sebab it was my first time going to oversea.. Dah la dapat tourist guide tak guna.. Belum apa-apa dya dah naik kapal dulu.. Cilak punya orang..

Cik Zam antar kat Airport Senai.. Thank u dear.. Behave for 8 days ok.
Amik mood sikit masa naik flight MAS.. dekat Flight Turkish x ada pulak cerita ni..huhuuh
Masa tengah dok kalut nak ke Gate Check Point.. sempat kami berposing di KLIA...

Muka ceria sebelum menempuh 11 jam perjalanan...


Makan malam di dalam fight Turkish Airlines..
Lepas habis je semua passenger makan malam, lampu semua dimatikan.. Tapi aku x boleh tido sangat sebab duduk di apit oleh orang-orang Turki yang tengah excited nak balik kampung.. Punya lah ceria, sampai dengan aku sekali x boleh lelap.. Turkish Airlines ni pada aku boleh laa.. Nak kata selesa x sangat.. so so je.. Sit flight MAS lagi sedap.. Naik sebu toentot saya..11 jam ko cube bayangkan.. Ulang alik pergi bilik air, yang best tu siap membuang lagi.. hahahha.. Tepat jam 6 pagi waktu Turki kami selamat sampai di Atartuk Airport.. Beza waktu di Malaysia adalah 5 jam.. Maksudnya, kami sampai 6 pagi tapi kat Malaysia dah pukul 11 pagi... Adee pahamm??

Welcome to Istanbul!
Day 2 (3 Jun 2014)

Sesampainya kami di Atartuk Airport, tourist guide bernama Ali tapi dia menggelar dirinya Ali Baba telah menyambut kami.. He is so awesome... Pandai bercakap banyak bahasa.. Meminati M.Nasir dan Siti Nurhaliza.. Boleh menyanyi lagu Rasa Sayang.. You are so Great Ali Baba!

Pemandangan di luar Airport.. Pukul 6 pagi dah cerah..
Benda yang paling menarik bila sampai Istanbul adalah cuacanya.. Sejukkk!! I like.. fefeling sangat i masa tu.. hahahha.. Ada satu lagi, bas dya ada wifi! Haruslah laju2 call husband n family.. Hari pertama di Istanbul ni, kami melawat Masjid-masjid yang terkenal..di Istanbul sahaja ada beribu Masjid dan beratus gereja.. Kami melawat masjid-masjid yang famous dan mempunyai sejarah yang tersendiri.. Kami turut pergi ke kawasan dimana Muhammad Amar iaitu pelajar Malaysia di Turki yang meninggal dunia di semadikan bersama para-para Ulama tersohor.. Subhanallah!

Makcik-makcik kat sini bermesyuarat tingkap sambil sarapan.. dengan kami semua pun dy jamu sekali.. believe it or not, roti yg dyorang makan semua homemade..makan bersama jeruk buah zaitun.. tapi malangnya i x boleh telann...

Eyub Sultan Mosque

Tempat ambil wudhuk di Masjid Sultan Eyub

Kenangan kami

Ruang solat wanita

SubhanAllah.. main prayer hall..

Ecehh...view dari tingkat atas..

Cantik sangat..

Bersama satu daripada makam yang ada di kawasan masjid..

Kawasan dimana Muhammad Ammar disemadikan.. Al-fatihah..
Selepas melawat Masjid Sultan Eyub, kami pergi lagi sebuah Masjid iaitu Masjid Sultan Suleyman.. sangat besar.. Nak masuk masjid ni ada cara.. kira macam fahaman dy la.. Marmar dianggap najis.. nak bukak kasut mesti terus pijak Stage dy.. Kalau pijak marmar tu kira kw x boleh masuk r.. Kena gi cuci dulu.. Walaupun dah ada pintu masuk, masjid di Turki ada satu lagi keunikkan.. di setiap pintu mereka letak macam kanvas tapi diperbuat daripada kulit lembu.. sangat berat.. tengok gambar bawah ini..

Nampak marmar dan stage? itu yg aku maksudkan..buka kasut kat marmar kaki mesti letak kat stage then amik kasul letak dekat rak.. nampak kanvas yang warna hijau tu? itu laa kulit lembu yang aku maksudkan.. faham kenn...
Di dalam Masjid Suleyman.
Apabenda sebelah lampu tu? Itu lah uniknya masjid-masjid di Turki ini.. Mereka gunakan Telur Unta untuk mengelakkan labah-labah membuat sarang.. Unik kan? Boleh digunapakai di Malaysia.


Segar-segar betul Hydrangea kat sini.. geram okehh.. Macam nak cabut tanam depan umah je...
All the way nak ke Masjid Suleyman ni kami melalui lorong-lorong kedai di sekitar masjid ni.. masa nak ke Masjid kami terpaksa naik bukit, waktu turun memang best laju je.. kat sini kereta gila-gila.. jalan itu macam atok nenek dy yang punya.. ada satu benda yg buat aku tertarik kat sini masa jalan kat sini...

Ya Allah sedapnya, even cawan kecik pun sampai 3 biji buah dy guna.. harga? TL1.00 atau 1 Lira bersamaan RM1.70.. berbaloi-baloi..

Sedapnyeeee.... nak lagi pleasee...

Untuk entry kali ini aku stop kat sini dulu yer.. nanti aku akan ceritakan macam mana aku boleh jumpa akak aku kat Istanbul dan lokasi pengambaran bagi Filem Istanbul Aku Datang!! Stay tuneee..








2 comments: