Tuesday, 30 December 2014

Serpihan Dijumpai Sah Pesawat QZ8501

JAKARTA: Serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi.
"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya. - AFP










Saturday, 27 December 2014

Pencapaian 2014

Alhamdulillah,

Tahun 2014 hampir malabuhkan tirai..
Secara konklusinya, 2014 adalah tahun yang penuh dengan suka dan duka..
fair & square.. 

Tapi aku laki bini ok jer... Toleransi! itu kunci kebahagiaan.. Agak-agak dah nak hilang sabar tu baik kau gi dapur, jerang air, masak maggi n makan sorang-sorang.. Jangan lupa buat bunyi slurppp...slurppp.. pasti yang dalam bilik tengah berangin king kong keluar capai sudu garfu n buat tak tau malu makan maggi orang! Choyy sangat niiii!

Family aku Alhamdulillah.. Lebih baik dari tahun 2013.. Mak dah pencen tapi keja balik (yg ni aku malas nk komen) siapa yg kenal mak aku pasti tau dia keja apa sekarang.. minat dan jiwanya adalah untuk orang kita.. Ayah aku pulak tak berapa sihat kebelakangan ni.. Tapi he is awesome! ade orang umur 67 tahun naik roller coaster Mummy dekat USS? Ade?? My father did it! Proud of you! bahahahha.. My sibling also did a very good job for this year!
  1. Along - Bakal berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia pada sesi 2015 dan akan berpindah ke Putrajaya sekeluarga. We will miss u Darwisy, Firas, Rania & Baby. Moktin will always visit u olls.. 
  2. Angah - Dah tak jadi cikgu lagi, berkhidmat di PPD pulak..tapi tak lama.. rezeki dia dapat naik ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor.. sama bangunan dengan Along tapi lain sektor.. lepas ni dah tak sama office lagi..Satu lagi! dah tak pakai waja buruk..hahahha.. kerlass sangat kereta baru!
  3. Alyn - Officially a Degree Holder! Moga tahun 2015 ni akan memberikan lebih banyak pencapaian dan kejayaan serta diberikan jodoh yang sempurna.
  4. Abang - Nilna Adlyna was safely landed..hahahha. baru 6 bulan tapi dah nak dapat adik lagi!! yeehaa!! tahniah abang n kak nadia.. Kunci rumah pun dah dapat jadi tahun 2015, mereka akan tinggal di kediaman sendiri.. Alhamdulillah, murah rezeki.
  5. Me - Takde pencapaian! bahahahah.. orang baru mula nak bertatih menjalani realiti hidup sebenar.. eh, ade laa.. Sijil Nikah!
USS 23 December 2014


AIRASIA INDONESIA FLIGHT QZ8501

AirAsia Indonesia regrets to confirm that flight QZ8501 from Surabaya to Singapore has lost contact with air traffic control at 07:24hrs this morning.

At the present time we unfortunately have no further information regarding the status of the passengers and crew members on board, but we will keep all parties informed as more information becomes available.

The aircraft was an Airbus A320-200 with the registration number PK-AXC.

At this time, search and rescue operations are in progress and AirAsia is cooperating fully and assisting the rescue service.


AirAsia has established an Emergency Call Centre that is available for family or friends of those who may have been on board the aircraft. The number is: +622129850801.

AirAsia will release further information as soon as it becomes available. Updated information will also be posted on the AirAsia website, www.airasia.com.

 ~~Allah is The Best Planner~~

Wednesday, 17 September 2014

S.A.K.I.T

Hye semua..
Lama i x tak bersiaran.. rasanya dalam banyak-banyak tahun, tahun ni la yg i paling banyak sakit.. huhuhu.. sedih sangat.. tak penah-penah demam sampai 4-5 hari.. flat terus.. lamgsung tak boleh bangun..ni tengah menaip pun kepala still noneng-noneng lagi... doakan i sihat ok..

xoxo..bye!

Monday, 1 September 2014

Dugaan.Penat.Sakit

3 in 1.. Jangan ingat MILO dan Nescafe je ade 3 in 1.. I pun ada tau.. hehehehee.

Kebelakangan ni kerjaya i agak kacau bilau.. Dengan sakitnye lain, dengan ragam bos nye lain.. haishhh.. Hujung minggu lepas balik kampung Cik Zam..2 hari je kat sana.. Itu pun sebab nak attend majlis khawin.. Alang-alang dah kat kampung tu, MIL ajak pi berurut... Kat kampung ni ada dua orang bidan yang pandai.. Satu orang asal kampung tu & satu lagi orang Patani.. Aku kalau boleh nak jumpa yg Patani tu sebab adik ipar cakap dia tengok perut kita dia boleh tau kenapa kita tak mengandung lagi dan berapa orang anak yang kita akan dapat.. Bukan la percaya 100% tapi why not.. Usaha jugak kan... Tapi malangnya mak cik ni dia balik Patani since Hari Raya haritu..rasanya dy continue sampai Raya Haji kot.. Takpelah, takde rezeki nak wat guane??

Lepas Maghrib terus siap-siap dengan MIL, SIL-Husni & Danish (anak sedara) pergi umah mak cik tu.. Sampai2 je ada 2 orang menunggu untuk urut badan..Dalam bilik ada sorang.. Wahh.. ini boleh tahan lama nak tunggu ni.. SIL saya pun bisik-bisik dengan MIL..Tibe-tibe MIL masuk dalam bilik dan minta izin untuk cek dulu sebab bawak Danish, kesian kat baby kalau tunggu lama sangat.... Rezeki betul bawak baby ni..kikkiki..MIL pun panggil I masuk.. hurmmm..seram...Bilik dy gelap.. xde lampu..Nampak samar-samar je.. Lepas cecite ngan mak cik tu dy suruh aku baring... Aduhh.. Dah terasa rasa dah ni... Dy pegang perut, selawat apa semua dy urut-urut... SAKIT SANGAT TAU TAK! Proses untuk mengandung m.cik tu tak boleh buat dulu sebabnya dy kata rahim aku bengkak.. Patut la aku sakit... Sakit yang teramat sangat kat ari-ari.. Aku nampak m.cik tu macam tak puas hati.. Dia suruh aku mengiring, urut-urut pastu terlentang pulak.. Dy kata aku macam ada Cyst.. Tapi bukan Cyst ketul-ketul tu.. Tapi Cyst aku jenis air punya.. Aku tak terkejut pun bila dy cakap pasal benda tu.. Sebab aku memang dah tau.. Dy bagi aku air untuk minum dan sapu kat perut.. Dy mintak ak datang untuk urut 3 kali berturut-turut untuk proses mengandung pulak..

Seriously, masa sapu air yang m.cik tu bagi kat perut rasa macam menggelodak sangat.. Harap-harap dengan izin tuhan penyakit tu dapat sembuh dan aku dapat mengandung, bersalin dan membesarkan anak aku dan Cik Zam dengan sempurna.. Aku tak mintak anak-anak.. Cukup lah sekadar anak jika diizinkan olehNya.. Aku tak tamak.. Tapi kalau rezeki aku, Tuhan bagi berapa banyak pun aku terima..

Selesai semuanya aku dan Cik Zam pun naik bas balik ke JB.. Koje! Sampai Jb je mak dan ayah aku amik.. Sampai rumah, mandi dan siap-siap pergi kerja.. Tiba-tiba aku rasa sesuatu yang tak kena dengan telinga aku.. Ahhh sudah.. Kenapa pulak ni..

Sambung nanti yer..

Assalamualaikum W.B.T.


Monday, 25 August 2014

Minum Petang

High-tea while waiting my husband to join me...

Lets Visit Istanbul - Part 2

Seperti yang dijanjikan..

Day 1 (2 Jun 2014)
Berkumpul di Senai Airport pada jam 4 petang.. Flight pukul 18:10 dari Johor Bahru menaiki MH1058.. Perjalanan lebih kurang 30 minit macam tu dan Alhamdulilah kami selamat sampai ke Kuala Lumpur.. Gap yang agak panjang sebelum kami berlepas ke Istanbul.. Lebih kurang dalam 3 jam lebih.. Pukul 22:30 Gate sudah dibuka dan kami berlepas ke Istanbul menaiki Turkish Airlines TK0061 tepat jam 23:15.. Agak terkejar-kejar sebab it was my first time going to oversea.. Dah la dapat tourist guide tak guna.. Belum apa-apa dya dah naik kapal dulu.. Cilak punya orang..

Cik Zam antar kat Airport Senai.. Thank u dear.. Behave for 8 days ok.
Amik mood sikit masa naik flight MAS.. dekat Flight Turkish x ada pulak cerita ni..huhuuh
Masa tengah dok kalut nak ke Gate Check Point.. sempat kami berposing di KLIA...

Muka ceria sebelum menempuh 11 jam perjalanan...


Makan malam di dalam fight Turkish Airlines..
Lepas habis je semua passenger makan malam, lampu semua dimatikan.. Tapi aku x boleh tido sangat sebab duduk di apit oleh orang-orang Turki yang tengah excited nak balik kampung.. Punya lah ceria, sampai dengan aku sekali x boleh lelap.. Turkish Airlines ni pada aku boleh laa.. Nak kata selesa x sangat.. so so je.. Sit flight MAS lagi sedap.. Naik sebu toentot saya..11 jam ko cube bayangkan.. Ulang alik pergi bilik air, yang best tu siap membuang lagi.. hahahha.. Tepat jam 6 pagi waktu Turki kami selamat sampai di Atartuk Airport.. Beza waktu di Malaysia adalah 5 jam.. Maksudnya, kami sampai 6 pagi tapi kat Malaysia dah pukul 11 pagi... Adee pahamm??

Welcome to Istanbul!
Day 2 (3 Jun 2014)

Sesampainya kami di Atartuk Airport, tourist guide bernama Ali tapi dia menggelar dirinya Ali Baba telah menyambut kami.. He is so awesome... Pandai bercakap banyak bahasa.. Meminati M.Nasir dan Siti Nurhaliza.. Boleh menyanyi lagu Rasa Sayang.. You are so Great Ali Baba!

Pemandangan di luar Airport.. Pukul 6 pagi dah cerah..
Benda yang paling menarik bila sampai Istanbul adalah cuacanya.. Sejukkk!! I like.. fefeling sangat i masa tu.. hahahha.. Ada satu lagi, bas dya ada wifi! Haruslah laju2 call husband n family.. Hari pertama di Istanbul ni, kami melawat Masjid-masjid yang terkenal..di Istanbul sahaja ada beribu Masjid dan beratus gereja.. Kami melawat masjid-masjid yang famous dan mempunyai sejarah yang tersendiri.. Kami turut pergi ke kawasan dimana Muhammad Amar iaitu pelajar Malaysia di Turki yang meninggal dunia di semadikan bersama para-para Ulama tersohor.. Subhanallah!

Makcik-makcik kat sini bermesyuarat tingkap sambil sarapan.. dengan kami semua pun dy jamu sekali.. believe it or not, roti yg dyorang makan semua homemade..makan bersama jeruk buah zaitun.. tapi malangnya i x boleh telann...

Eyub Sultan Mosque

Tempat ambil wudhuk di Masjid Sultan Eyub

Kenangan kami

Ruang solat wanita

SubhanAllah.. main prayer hall..

Ecehh...view dari tingkat atas..

Cantik sangat..

Bersama satu daripada makam yang ada di kawasan masjid..

Kawasan dimana Muhammad Ammar disemadikan.. Al-fatihah..
Selepas melawat Masjid Sultan Eyub, kami pergi lagi sebuah Masjid iaitu Masjid Sultan Suleyman.. sangat besar.. Nak masuk masjid ni ada cara.. kira macam fahaman dy la.. Marmar dianggap najis.. nak bukak kasut mesti terus pijak Stage dy.. Kalau pijak marmar tu kira kw x boleh masuk r.. Kena gi cuci dulu.. Walaupun dah ada pintu masuk, masjid di Turki ada satu lagi keunikkan.. di setiap pintu mereka letak macam kanvas tapi diperbuat daripada kulit lembu.. sangat berat.. tengok gambar bawah ini..

Nampak marmar dan stage? itu yg aku maksudkan..buka kasut kat marmar kaki mesti letak kat stage then amik kasul letak dekat rak.. nampak kanvas yang warna hijau tu? itu laa kulit lembu yang aku maksudkan.. faham kenn...
Di dalam Masjid Suleyman.
Apabenda sebelah lampu tu? Itu lah uniknya masjid-masjid di Turki ini.. Mereka gunakan Telur Unta untuk mengelakkan labah-labah membuat sarang.. Unik kan? Boleh digunapakai di Malaysia.


Segar-segar betul Hydrangea kat sini.. geram okehh.. Macam nak cabut tanam depan umah je...
All the way nak ke Masjid Suleyman ni kami melalui lorong-lorong kedai di sekitar masjid ni.. masa nak ke Masjid kami terpaksa naik bukit, waktu turun memang best laju je.. kat sini kereta gila-gila.. jalan itu macam atok nenek dy yang punya.. ada satu benda yg buat aku tertarik kat sini masa jalan kat sini...

Ya Allah sedapnya, even cawan kecik pun sampai 3 biji buah dy guna.. harga? TL1.00 atau 1 Lira bersamaan RM1.70.. berbaloi-baloi..

Sedapnyeeee.... nak lagi pleasee...

Untuk entry kali ini aku stop kat sini dulu yer.. nanti aku akan ceritakan macam mana aku boleh jumpa akak aku kat Istanbul dan lokasi pengambaran bagi Filem Istanbul Aku Datang!! Stay tuneee..








Majlis Cukur Jambul Nilna Adlyna

Very the last minute uolls.. Abg Arep sampai rumah Uda pukul 6.30 petang then terus decide nak buat Majlis Cukur Jambul sekali malam tu... Sebenarnya malam tu ada buat Marhaban untuk qariah kawasan Taman Cempaka.. My mom from the earlier dah whatsapp abg arep whether nak buat Majlis Potong Jambul sekali atau tak.. Then dy senyap.. No feedback.. So, my mom malas nak tanya banyak kali n tak buat la apa2 preparation.. Nasib baik memang dah plan nk masak pulut kuning untuk bagi doorgift kepada makcik2 yang baca Marhaban tu.. Kelam kabut menyiapkan segalanya dari pukul 6.30 onwards.. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar.. Nilna pun sangat behave... Tak nangis pun.. Good girll..

Kakak Rania & Adik Nilna. Besar dah Rania.. Kajol sangat..

Kakak Rania pandai jaga adikk...

Disebabkan last minute, ini jela perkakasan yang sempat disiapkan. Air Mawar, Air Bedak & Gunting.


Gift untuk si pencukur jambul.

Bunga Telur ini abg arep n k.nadia yang beli.

Peace yo!! tok!

Abg Darwisy, Abg Firas & Kakak Rania


Biasanya pemberi telur adalah tugas anak-anak dara.. Tapi anak dara sangat limited..ini je yang ada.. Jadi la daripada x ada...  

Wednesday, 20 August 2014

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Assalamualaikum...

Salam Khamis buat semua..
Pernah dengar pasal RMMJ?
Bagi penduduk Johor, anda sangat digalakkan memohon skim ini..
Boleh daftar di SINI..

Disebabkan esok aku kena pergi KL dan tarikh tutup permohonan tu valid sampai Ahad, moh ler kite settle kan hari ni... Dokumen dah lengkap.. tinggal Akuan Sumpah jer.. Lepas tu submit Dokumen Lengkap ke SUK Perumahan di Nusajaya... Minta-minta la bos bagi keluar... Tu laaa, last minute lagi.. Padan muka aku!

Meh aku share syarat-syarat permohonan:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
 1.Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas.
 2.Berkahwin / bujang layak memohon
 3.Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
 4.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
 5.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
 6.Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
 7.Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
 8.Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAHyang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
 9.Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

Lets Visit Istanbul 2014! - Part 1

Assalamualaikum!

Terasa macam nak up cerita masa pergi company trip ke Istanbul laa.... Tapi kan dah tak berapa nak ingat sangat..Boleh la yer daripada tak ada.. Pada awalnya aku tak dapat pergi di sebabkan tempoh berkhidmat kurang daripada 1 tahun.. Last minute dapat call dari HR.. Tanya aku sama ada interest tak nak ikut pergi Istanbul... Aku????

Time tu memang macam question mark... Kenapa erk? Apesal last minute? Apa yang jadi? Seriously at the moment aku macam tak ada apa-apa perasaan.. Suka and excited jauh sekali... Korek punya korek rupanya ada dua staf yang telah ditamatkan kontrak atas masalah disiplin... Fuhh! lagi aku serba salah..dengar cerita dua orang staf tu dah siap packing kott... Lagi seminggu je nak pergi.. Aku sedihhhh sangat bagi pihak mereka.. Lama aku fikir..

Aku tak terus kata aku nak pergi dengan HR.. Aku minta masa.. Aku mintak pendapat ramai orang.. Sampai la seorang akak office aku pm aku kat FB, dia kata ini rezeki aku apa yang jadi tu suratan untuk mereka yang tak dapat pergi.. Peluang depan mata kenapa tak nak terima.. Sedih aku masa tu..Bincang dengan cik Zam boleh ke aku pergi tinggalkan dy? Seminggu tuuu.. Dy kata dy izinkan aku pergi dengan syarat jaga batas aku sebagai seorang Isteri.. Alhamdulillah.. Akhirnya keputusan di capai dan aku pun bagi persetujuan kepada pihak HR.. Bukan mudah ye kita nak bergembira di atas kesedihan orang lain.. Aku bukan jenis orang yang pentingkan diri sendiri.. Perasaan orang lain tu yang lebih penting..

So, if ada readers from KPRJ di luar sana, bacalah posting ni... huhuhuhuhu...

Dah laa.. Malas nak bersedih-sedih.. Benda pun dah lepas.. Tapi seriously aku tak ada persiapan.. Ko bayangkan, kalau company bagitau aku 2 atau 3 bulan awal macam yang lain-lain confirm laa aku boleh stand by kan.. Bukan dari segi financial je, passport,  barang-barang keperluan apa semua.. Tak kan nak cowboy je kan?? Nasib baik saya ada dua banker yang saya amat sayangi dan kagumi..hahahhaha.. Sayang mak n cik zam ketat-ketat....

Akhirnyaaa....




Sambung nanti yer dengan Entry bergambar ok... Bye.

Tuesday, 19 August 2014

Nilna Adlyna

Anak buah/sedara/menakan...lain bunyi lain ejaan tapi maksud yang sama.. presenting latest niece in the house:




Muka mak cik dia je yang lebih...nanti i cari gambar yang tunjuk full ok! flying kiss from Nilna Adlyna Binti Arif... daaa...

Wednesday Blues

Hye.

Kadang-kadang nak cerita kat kawan-kawan, famili or suami sendiri rasa macam x kena pulak... Minggu ni Iolss sangat stress... Ada 3 Projek yang sedang berjalan dan akan berjalan dalam masa yang agak singkat.. Huwargghhh!! tak suka la bila tak involve dari awal design stage... tak faham... kalau drawing ade changes pun susah nak track.. i pening okehh.. rasa macam nak muntah hijau jeerr.. sapa nak tolong i ni????!! Semalam pulak DSLR i rosak.. nak amik gambar Nilna Adlyna cukur jambul tak dapat.. dah la minggu ni nak gi KL.. cousin i tunang dan dia minta amik gambar... stressnyerrr!!!! helpppp...helppp.....

Monday, 18 August 2014

Hari Raya Kumpulan Prasarana Rakyat Johor

Mood Hari Raya masih lagi belum habis..lagi-lagi untuk orang Johor..Kadang-kadang bukan selama sebulan jee.. lebih pada sebulan tetap Raya! sebab tu Johorian Rawkss!! haahhaa... pada 14 Ogos 2014, KPRJ telah mengadakan Rumah Terbuka yang bertempat di Danga Convention Centre, Danga Bay.. Selain membuat sambutan, pihak KPRJ tidak melupakan tragedi-tragedi yang telah menimpa Malaysia dan negara Islam sepanjang Tahun 2014..Our continuous pray for MH370, MH17  & Gaza.

Famili of KPRJ
Bersama Dato Mohd Noh Gadut 

MB JOHOR.

Our VVIP on the Day.. Dato' Seri Khaled Nordin, Menteri Besar Johor.

Syima, Fatin, Fatimah & Nadia.

Selpiee Toilet ni namanyaaa..

With Superb Consultant, Pn.Zaharah n Cik Anis from RAF Consult.

Ex-Geng Tebrau Teguh Berhad. Thank You for coming.

Sebahagian team Julung Properties Sdn Bhd

Last sekali...Tuan punye belog...byee!